Nurul Izzah kecewa, Asyraf Wajdi bimbang


SIDANG Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini disifatkan sebagai proses amat mengecewakan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar begitu merujuk kepada keadaan kucar-kacir setelah usul menyingkirkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dibacakan dan undian terhadap usul dikemuka Muhyiddin Yassin dijalankan.

Tambahnya, dengan hanya 111 undi, Yang Dipertua Dewan Rakyat telah digantikan dengan invididu baru.

"Proses hari ini amat mengecewakan. Namun, dengan hanya 111 undi, Speaker Dewan Rakyat berganti baharu.

"Namun, Speaker wajib pamer kepimpinan yang adil, profesional dan berprinsip dan jangan merelakan serangan seksis mahupun rasis," katanya dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya di sini.

Persidangan Dewan Rakyat yang membuka tirai hari ini menumpukan usul mengosongkan jawatan Yang Dipertua Dewan dan Timbalannya yang menghangatkan suasana hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14.

Usul itu adalah untuk Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamad Ariff dan Timbalannya, Nga Kor Ming mengosongkan jawatan mereka.

Usul pentadbiran Muhyiddin untuk menggantikan Mohamad Ariff sebelum ini dikritik ramai, bekas Hakim itu disifatkans ebagai seorang yang adil serta telah banyak membawa perubahan baik kepada Parlimen.
Petikan Twitter Asyraf Wajdi

Dalam perkembangan lain, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki membangkitkan persoalan sama ada pentadbiran Muhyiddin dapat bertahan lama. 

Ia susulan undi tipis diperoleh Ahli Parlimen Pagoh itu dalam usul menggantikan Mohamad Ariff.

“Usul tukar speaker lulus dengan majoriti tipis, Mampukah kerajaan PN ini bertahan?" Soalnya menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya.

Post a comment

0 Comments