Pelajar perempuan maut jatuh bangunan


SEORANG
remaja perempuan ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 11 sebuah di Seberang Perai petang semalam.

Memetik laporan Sinar, pelajar tingkatan tiga itu ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah di koridor pangsapuri Perai Indah kira-kira jam 1.57 petang.

Polis menjalankan siasatan | Foto-Sinar
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad yang dipetik laporan itu berkata, siasatan awal mendapati mangsa merupakan anak sulung dan mempunyai seorang adik perempuan.

"Semasa kejadian, adik mangsa melihat kakaknya itu terjatuh dari tingkat 11 rumah mereka.

Difahamkan, kedua-dua mereka tinggal di pangsapuri berkenaan bersama keluarga bapa saudara.

Bapanya kedua beradik itu bekerja di sebuah hotel di kawasan pulau, manakala ibu mereka pula kini bekerja di Singapura.

"Hasil temubual ke atas ahli keluarga mendapati mangsa merupakan seorang yang sangat sensitif.

"Dia dikatakan terlalu sedih selepas ibunya tidak dapat pulang bagi menghadiri satu upacara akil baligh yang akan diadakan tidak lama lagi dan menyebabkan upacara itu terpaksa dibatalkan," katanya Shafee dipetik laporan tersebut.
https://t.me/kartelmedia
Susulan kejadian itu, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini untuk bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Post a comment

0 Comments