Pembangunan filem kreatif tak wajar disekat


KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) digesa menyemak semula ruang lingkup kuasa dan fungsi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Shamsul Iskandar Md Akin menegaskan bahawa langkah itu perlu bagi menyesuaikan tujuan penubuhan agensi itu supaya tidak menjejas kepentingan pembangunan kandungan kreatif.

Sehubungan itu kata Shamsul. ada keperluan mendesak supaya Akta Finas 1981 yang mewajibkan supaya lesen dipohon sebelum sebarang penggambaran dikaji semula.

https://t.me/kartelmedia
“Syarat orang perseorangan untuk mendapatkan lesen Finas wajar dimansuhkan.

“Pada masa yang sama, bagi memberi kelonggaran kepada pengamal media dalam aspek memenuhi syarat pelesenan Finas," katanya dalam kenyataan.

Gesaan dikeluarkan itu dipercayai sebagai mengulas kenyataan kontroversi Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah di Dewan Rakyat pada Khamis segala bentuk penggambaran, termasuk rakaman media sosial peribadi memerlukan lesen Finas.

Kenyataan itu yang kemudian dilapor media telah mengundang kritikan termasuk dikalangan pemimpin politik.

Ketua Sosialis Muda DAP (Dapsy) Selangor Wong Siew Ki berkata ia satu bentuk "kejahilan" menteri terhadap bidang perfileman dan kebebasan bersuara dan cerminan sifat “gila kuasa” kerajaan Perikatan Nasional (PN).

BACA:
Muat naik video kucing perlu lesen atau tidak?

Tidak sekadar itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN , Fahmi Fadzil turut tampil menggesa Saifuddin meletak jawatan.

Bagaimanapun, Saifuddin kemudian tampil melalui kenyataan menjelaskan bahawa pihak kerajaan tidak berniat menggunakan Akta tersebut bagi mengekang kebebasan peribadi.

Sementara itu, Shamsul turut menegaskan bahawa pihaknya tidak menafikan keperluan untuk mengawal media, namun kenyataan Saifuddin telah menunjukkan bahawa dasar kerajaan dalam soal penerbitan, pembangunan dan pengedaran filem masih tidak jelas.

“KEADILAN tidak menafikan keperluan untuk mengawal bahan-bahan yang boleh memudaratkan keamanan dan kesejahteraan negara.

“Persekitaran tahun 1980-an dan sekarang jauh berbeza,” kata Shamsul.
 

Post a comment

0 Comments