Pentadbiran Negeri Sembilan tak terjejas


PENTADBIRAN Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak terjejas dengan pengumuman  Rahang, Mary Josephine keluar DAP.

Pengerusi HARAPAN Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, walaupun Mary Josephine mengumumkan keluar parti disertainya, namun sokongan ADUN itu masih tetap bersama HARAPAN.

"Beliau ada berjumpa saya dan memaklumkan perkara ini (keluar DAP), saya sudah menasihatkan beliau dan memintanya memikirkan tetapi tidak sangka pagi tadi (Jumaat) nekad membuat keputusan. Itu hak dia.
https://t.me/kartelmedia
"Saya serahkan kepada pucuk pimpinan DAP untuk selesaikan masalah ini dan saya dimaklumkan bahawa DAP sedang memujuk beliau (Mary Josephine) untuk bersama semula.

"Saya yakin walaupun beliau tidak bersama DAP tetapi sokongannya terhadap kerajaan negeri dan HARAPAN tidak berbelah bahagi. Jadi saya yakin beliau sebagai pejuang lama yang akan tetap bersama," kata Menteri Besar itu pada program Kempen Pembersihan Pantai, di Pantai Saujana Batu 4 Port Dickson semalam.

Semalam, Mary Josephine mengumumkan meninggalkan DAP dan mengisytiharkan diri sebagai ADUN Bebas. Menurut beliau, keputusan itu didasari rasa kecewa dengan ahli dan pemimpin DAP Negeri Sembilan.

"Saya kecewa dengan ahli dan pemimpin DAP Negeri Sembilan. Justeru, saya tiada pilihan melainkan meletak semua jawatan dalam parti dan keluar daripada DAP berkuat kuasa kuasa hari ini

"Selama 46 tahun sebagai ahli DAP yang berpegang teguh kepada integriti serta bekerja berasaskan prinsip dan disiplin parti, tetapi kini saya berdepan dengan cabaran yang saya tidak mampu lagi menghadapinya," katanya dalam sidang media.

wakil rakyat selama dua penggal di DUN itu bagaimanapun menegaskan tetap akan memberi sokongan kepada HARAPAN dan Aminuddin serta tidak akan melompat parti.

"Saya akan terus memberikan sokongan kepada HARAPAN kerana saya berada dalam barisan pembangkang sudah lebih 40 tahun," katanya.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Zulkefly Mohd Omar berkata, tiada sebarang Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan, berikutan ADUN Rahang hanya keluar parti sahaja, bukan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kawasan.

Post a comment

0 Comments