Perang Umno-Bersatu dijangka jadi kudis


PERANG
mulut di antara beberapa pemimpin Umno dan Bersatu berhubung isu kerusi parlimen Mersing menghantar isyarat bahawa hubungan kedua parti itu bukanlah akrab seperti adik-beradik.

Ketua Pemuda DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali dalam satu kenyataan semalam berkata, pertembungan kepentingan kedua-dua parti itu kini membengkak dan bakal menjadi kudis.

Sheikh Umar menjangkakan krisis Umno dan Bersatu di negeri itu turut akan menjadi lebih parah.
https://t.me/kartelmedia
"Untuk hari-hari mendatang, kita bakal menyaksikan fasa pertelingkahan dalaman Perikatan Nasional (PN) yang lebih hebat lagi.

"Bagi Umno, kewujudan PN hanyalah senjata untuk mereka merampas kuasa daripada Bersatu yang diketuai Muhyiddin Yassin," katanya.

Kebelakangan ini berlaku perang mulut di antara pemimpin kedua-dua parti ekoran kenyataan Anggota Parlimen Mersing, Dr Abdul Latiff Ahmad, yang mendakwa Umno sudah "tidak laku" lagi.

Menteri Pembangunan Luar Bandar itu - yang memenangi kerusi Mersing atas tiket Umno pada PRU ke-14 lalu sebelum melompat menyertai Bersatu - sudah meminta maaf namun tidak meredakan kemarahan di kalangan pemimpin Umno.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi turut membuat kenyataan bahawa parti itu akan meletakkan calonnya di Mersing dalam PRU akan datang sekaligus menafikan kedudukan Abdul Latiff di kerusi tersebut.

"Perang mulut ini adalah bibit-bibit awal untuk Umno akan menelan Bersatu menjelang PRU ke-15.

"Keadaan ini pasti akan membuat Muhyiddin tidak ada pilihan lain kecuali kembali menyertai Umno - dan menguburkan Bersatu - atau kekal sebagai perdana menteri yang menunggu masa dibaham oleh pewaris rejim kleptokrat pada bila-bila masa," katanya Sheikh Umar.

Post a comment

0 Comments