Perbicaraan rasuah Ku Nan disambung pada November


PERBICARAAN kes rasuah membabitkan pemimpin Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor akan bersambung semula di hadapan hakim asal pada 23 November ini.

Tarikh itu ditetapkan hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali memaklumkan bahawa Mahkamah Persekutuan pada 17 Julai lalu membenarkan kes itu dibicarakan.

“Mahkamah menetapkan perbicaraan bersambung pada 23 dan 24 November ini manakala Disember pada 1, 2, 3, 7, 8, 9, 10, 14, 15, 16,” katanya pada sebutan kes itu semalam.
https://t.me/kartelmedia
Pada 15 Nov tahun lalu, bekas Menteri Wilayah persekutuan itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan RM1 juta daripada ahli perniagaan Tan Eng Boon melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akauan CIMB Bank kepunyaan Tengku Adnan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai upah untuk membantu permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) bagi menambah nisbah plot sebidang tanah berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak diluluskan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra, Tingkat 2, Blok Podium, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail pada 27 Dis 2013.

Tengku Adnan juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu menerima RM1 juta daripada Tan tanpa sebarang balasan melalui cek Public Bank bernombor 300109 ke dalam akaun tertuduh.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Post a comment

0 Comments