Pertubuhan pelajar kecewa pendirian K'jaan PN


SEKUMPULAN
kesatuan mahasiswa kecewa dengan dasar kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang didakwa enggan meneruskan usaha memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).

Kumpulan itu mempersoalkan apakah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang kini berada dibawah menterinya, Noraini Ahmad tidak mempercayai semangat autonomi universiti susulan keputusan itu.

"Adakah KPT tidak mempercayai akan semangat autonomi universiti dan mahasiswa, dan juga kebebasan akademik yang sewajarnya diraikan bersama  bertepatan terhadap usaha menggalakkan keterlibatan mahasiswa dalam proses merangka dasar di peringkat universiti dan juga di peringkat kementerian?" soal mereka dalam satu kenyataan bersama.

Kenyataan itu ditandatangani oleh kesatuan dan persatuan mahasiswa seperti dibawah.
  • Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM).
  • Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM).
  • Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
  • Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM).
  • Mahasiswa DAP.
  • Mahasiswa AMANAH Nasional.
  • Kelab Mahasiswa MCA.
  • Mahasiswa Negara.
  • Young Democrats Malaysia.
  • YouthWave Malaysia.
  • Demuda Malaysia (Pertubuhan Demokrat Sosial).
  • Nadi Siswa Malaysia.
  • SISMA Sabah.
  • PKPIM Kedah.
  • Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS).
  • Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ).
  • Ikatan Pelajar Islam Pahang.
  • Kesatuan Generasi Muda Selangor (KGMS).
  • Kesatuan Pelajar Islam Terengganu (KEPITAR).
  • Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM).
  • Persatuan Pelajar Islam Wilayah Persekutuan (PPIWP).
  • Kesatuan Pelajar-pelajar Islam Perak (KPIP).
  • Persatuan Mahasiswa Islam Perlis (PERMIP).
  • Persatuan Penggerak Mahasiswa UNISEL.
  • Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) UNISEL.
  • Mahasiswa Harapan UUM.
  • Kesatuan Pelajar Islam Kelantan.

Sebagai rekod, Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) berusaha meminda Auku untuk membenarkan pelajar menyertai aktiviti parti politik yang diadakan dalam kawasan kolej dan universiti mereka.

Ia sebagai langkah awal untuk memansuhkan Auku sesuai tuntutan golongan pelajar. 
https://t.me/kartelmedia
Sementara itu, kumpulan itu turut mempersoalkan apakah KPT mahu menghantar mesej bahawa Kesatuan Mahasiswa berautonomi yang ditubuhkan selepas pindaan Auku dipinda pada 2018, tidak lagi relevan

"Adakah usaha tidak akan diteruskan ke arah memperkasa mahasiswa agar lebih mandiri,? soal mereka lagi.

Sehubungan itu, mereka menggesa Menteri Noraini kembali ke meja rundingan bersama pemegang taruh khususnya mahasiswa bagi mencari penyelesaiaan dalam hal itu.

Post a comment

0 Comments