Pesawat peninjau polis terhempas


SEBUAH pesawat milik agensi keselamatan turki dilapor terhempas sehingga mengorbankan tujuh anggota agensi itu yang berada dalam pesawat.

Agensi berita Anadolu yang memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri hari ini berkata, pesawat jenis peninjau milik pihak polis itu terhempas di kawasan pergunungan di wilayah Van, timur negara itu.

Menteri Suleyman Soylu memberitahu, pesawat model 2015 itu sedang menjalankan kerja-kerja pengawasan dan meninjau wilayah Van dan Hakkari.
https://t.me/kartelmedia
Ia kemudiannya terhempas pada ketinggian 2.200 meter di Gunung Artos.

"Kami kehilangan tujuh anggota, dua daripada mereka adalah juruterbang," kata Soylu.

Sebagai rekod, kawasan pesawat dilapor terhempas bersempadan dengan Iraq dan Iran, kawasan tersebut menyaksikan banyak pertembungan antara pasukan Turki dan militan Kurdi selama pemberontakan selama beberapa dekad.

BACA:
Kapal perang Indonesia tenggelam di Jawa Timur

Pesawat malang itu berlepas dari Lapangan Terbang Van Ferit Melen pada jam 6.35 petang waktu tempatan (1535GMT).

Kali terakhir juruterbang menghubungi menara kawalan ketika berada di sekitar daerah Baskale pada jam 10.32 malam (1932GMT).

Pesawat terputus hubungan kira-kira jam 10.45 malam (1945GMT).

Siasatan kerajaan mengenai kejadian itu sedang dijalankan.

Post a comment

0 Comments