Petronas SRT rangkul podium, Hafizh Shahrin tempat ke-6


PELUMBA
pasukan Petronas Yamaha SRT Fabio Quartararo meraih kemenangan sulung MotoGP yang bersejarah dalam Grand Prix Sepanyol.

Walaupun agak ketinggalan di awal perlumbaan, Quantararo yang memulakan saingan di petak utama akhirnya berjaya memberi saingan cukup bertenaga, di akhir perlumbaan, pelumba berusia 21 tahun itu seolah-olah tidak mampu dicabar.

Namun sebelumnya, Pelumba pasukan Factory Yamaha Maverick Vinales berjaya memimpin perlumbaan, untuk beberapa pusingan Vinales bersaing hebat dengan juara bertahan, Marc Marquez sementara Quantararo mengintai peluang dari belakang.
https://t.me/kartelmedia
Marquez menggunakan kekuatan Honda untuk memecut laju, namun ketika Marquez merasakan cukup selesa berada di hadapan, pelumba utama pasukan Repsol Honda itu terbabas.

Dengan melakukan penyelamatan yang luar biasa, Marquez bagaimanapun berjaya kembali dalam perlumbaan di posisi ke ke-18, sementara Quantararo merebut kedudukan hadapan bersama Vinales.

Kedua-dua pelumba Yamaha menggunakan kelebihan mengambil selekoh dimiliki jentera mereka untuk menjarakkan diri dengan pelumba lain.

Sementara Quantararo berada di hadapan, Marquez dengan pengalaman dan kemahiran dimilikinya memintas pelumba-pelumba di hadapan untuk berada kembali di belakang Vinales.

Bagaimanapun, ketika perlumbaan sudah memasuki babak terakhir dengan hanya lagi tiga pusingan, nasib malang sekali lagi menimpa Marques. Pelumba Sepanyol itu tiba-tiba mengalami kemalangan dasyat.

BACA: Quartararo mahu sambar kemenangan pertama

Ketika Marquez dilihat diletakkan diatas pengusung serta dipakaikan pendakap leher sebelum dibawa ke pusat perubatan untuk rawatan, Quantararo pula semakin selesa memaju jenteranya. Vinales dilihat bergelut dengan masalah brek yang menyebabkan jarak antara dua pelumba itu semakin besar.

Setelah memberi saingan cukup keras pada perlumbaan musim rookiesnya tahun lalu, Quantararo yang menjadi pelumba utama pasukan Petronas SRT akhirnya mencipta sejarah sebagai pelumba MotoGP pertama meraih kemenangan pada musim 2020.

Ini juga merupakan kemenangan perlumbaan pertama untuk pasukan Yamaha satelit di era MotoGP.

Sementara Vinales di tempat kedua, tempat ketiga untuk podium pada perlumbaan tanpa kehadiran penonton di litar akibat pendemik Covid-19 hari ini diisi pelumba dari Ducati, Andrea Dovizioso di tempat ketiga.

Pada perlumbaan hari ini juga, adik kepada Marc Marquez, Alex Marquez yang menunggang bagi pasukan sama turut menamatkan perlumbaan sebagai Rookies terbaik setakat ini dihadapan Brad Binder [KTM], Tito Rabat [Avintia] dan penunggang Aprilia,  Bradley Smith.

Selain Marc Marques, beberapa pelumba antaranya Valentino Rossi (Yamaha Factory), Joan Mir (Suzuki) dan Aleix Espargaro [Aprilia] gagal menamatkan perlumbaan.

Sementara Cal Crutchlow [LCR] dan Alex Rins [Suzuki] tidak menyertai perlumbaan di Litar Jerez itu susulan kecederaan dihadapi mereka.

Hafizh menunjukkan prestasi cemerlang
Perlumbaan Hari ini bukan sahaja membanggakan rakyat Malaysia melalui pencapaiaan diperoleh pasukan Petronas SRT semata-mata.

Prestasi cemerlang ditunjukkan pelumba negara, Hafizh Shahrin dalam saingan Moto2 bersama pasukan Aspar turut menceriakan peminat pemotoran negara.

Bermula di petak ke 15, Hafizh menunjukkan dirinya masih tetap berbisa apabila mampu menamatkan perlumbaan sengit kelas tersebut di kedudukan ke-6.

Post a comment

0 Comments