PKBM batal kejohanan basikal kebangsaan


PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) membatalkan kejohanan Berbasikal Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada Ogos ini.

Presiden PKBM, Datuk Abu Samah berkata, keputusan itu dibuat susulan pihaknya sukar untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"UCI (Kesatuan Berbasikal Antarabangsa) sudah menetapkan bahawa setiap Kejohanan Kebangsaan perlu diadakan pada Jun lalu namun kerana Covid-19 ia ditunda kepada Ogos dan ketika itu kita masih lagi dalam PKPP.
https://t.me/kartelmedia
"Dalam sukan berbasikal ini rasanya susah. Mesti ada percampuran membabitkan pelumba, mekanik dan sebagainya jadi memang tak boleh ikut SOP. Kecuali tak ada lagi SOP yang melarang percampuran dalam pertandingan jadi ia mungkin boleh dianjurkan," katanya.

Mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan tamat pada 31 Ogos ini tidak dibenarkan untuk bercampur dalam pertandingan. Untuk sukan berbasikal ia sesuatu yang mustahil untuk dipatuhi tegas Abu Samah.

Sebagai rekod, UCI mewajibkan acara kejohanan Berbasikal Kebangsaan oleh setiap negara oleh UCI bagi memberi mata dalam kedudukan pelumba yang menyertainya. Namun, jika ia tidak dapat dianjurkan berdasarkan polisi kerajaan, tiada sebarang denda akan dikenakan oleh UCI kepada pihak PKBM.

Sementara itu, Abu Samah berkata, keputusan itu mungkin akan berubah sekiranya kerajaan menukar syarat SOP dalam waktu terdekat.
 

Post a comment

0 Comments