PN berjaya 'buang' Mohamad Ariff sebagai Speaker


SPEAKER
Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof terpaksa mengosongkan jawatannya setelah usul Muhyiddin Yassin diundi sebentar tadi.

Seramai Seramai 111 daripada 222 anggota parlimen mengundi menerima usul Perdana Menteri Muhyiddin Yassin manakala 109 anggota parlimen menolaknya.

Mohamad Ariff tersingkir daripada jawatan speaker Dewan Rakyat dengan perbezaan 2 undi.

Difahamkan, Maximus Johnity Ongkili (Kota Marudu) tidak hadir dalam pengundian itu, manakala seorang lagi Timbalan Speaker Rashid Hasnon yang tidak dinamakan dalam usul menukar Speaker dan Timbalan oleh Muhyiddin tidak mengundi.
https://t.me/kartelmedia
Sebelum itu, usul itu dibahaskan kira satu jam 10 minit oleh empat Ahli Parlimen, masing-masing mewakili kerajaan dan pembangkang.

Usul dikemuka Muhyiddin sebelum ini dikritik pertubuhan awam dan Ahli Parlimen sendiri.

Ia dianggap tidak pernah terjadi dalam sejarah Komanwel dan juga sejarah negara kita sebelumnya.

BACA:
Tiada keperluan ganti Speaker dan timbalan


Menurut konvensyen parlimen, kedudukan speaker biasanya dikosongkan dalam salah satu dari tiga keadaan berikut - ketika parlimen dibubarkan untuk pilihan raya umum, ketika speaker meninggal dunia atau ketika speaker mengundurkan diri.

Menurut laporan media, jawatan Speaker dijangka bakal diisi bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun yang telah meletak jawatan dalam suruhanjaya itu terlebih awal.

Post a comment

0 Comments