PN perlu tunjuk sikap mesra media - Fahmi Fadzil

 
PUTRAJAYA
perlu segera meyakinkan pengamal media bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak bersikap memusuhi media atau kebebasan bersuara.

Perkara itu disuarakan langsung Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah melalui satu kenyataan media.

Selain usaha mengembalikan keyakinan tersebut, Fahmi jurucakap parlimen KEADILAN bagi komunikasi, seni dan budaya  turut menegaskan bahawa PN perlu  memberi komitmen agar tindakan-tindakan tekanan terhadap media akan dihentikan segera.
https://t.me/kartelmedia
Gesaan itu dipercayai susulan tindakan terhadap ketua editor CodeBlue, Boo Su-Lyndan dan ketua pengarang Malaysiakini, Steven Gan yang terbaru melibatkan Al- Jazeera. ‬

BACA:
Putrajaya didesak henti tindakan terhadap pengamal media

Bagaimanapun Fahmi menegaskan bahawa media perlu memainkan peranan melapor dengan bebas namun ia tidak bermaksud media bebas menerbitkan berita palsu atau tidak sahih.‬

"Proses semak dan imbang ini memerlukan bukan sahaja kerajaan yang faham fungsi media dalam memantau perjalanan pentadbiran dan media yang beretika, tetapi juga rakyat yang mampu menilai maklumat yang disampaikan kerajaan dan media.

Pada ‪April lalu Malaysia dilaporkan berada di tangga ke-101 dalam indeks Kebebasan Media 2020.

Tindakan-tindakan dikenakan PN terhadap media kebelakangan ini dibimbangi akan menjejaskan kedudukan negara dalam carta Reporters sans frontières (RSF).

"‪Media yang bebas adalah tiang seri demokrasi. ‬‪Bila media dikongkong, minda rakyat bakal terkurung," tambahnya.

Sementara itu, dalam kenyataan serupa, Fahmi turut menggesa PN agar segera mewujudkan Majlis Media Malaysia.

"‪Saya juga gesa kerajaan agar meneruskan usaha mewujudkan Majlis Media Malaysia agar isu-isu berkaitan media dapat dibincang dan diusahakan secara sistematik, tanpa menjejaskan persepsi umum termasuk komuniti antarabangsa, dan tanpa menyebabkan media menjadi pak turut kerajaan

"Menteri ‪perlu segera bertemu dengan jawatankuasa sementara Majlis Media Malaysia sebagai tanda komitmen beliau sendiri terhadap kebebasan media.

"Kegagalan atau keengganan bertemu jawatankuasa tersebut bermaksud beliau dan kerajaan tidak lagi komited kepada prinsip kebebasan media," ujarnya.

Post a comment

0 Comments