PRU Singapura: PAP dapat mandat jelas


PILIHAN RAYA
Umum Singapura sudah berakhir pada Jumaat dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) kekal berkuasa.

Parti itu memperoleh  memenangi 83 daripada 93 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dengan meraih 61.24 peratus undi popular.

Pilihan Raya Umum ke-18 Singapura itu diadakan dalam kebiasaan baharu dengan sekatan dan peraturan jarak selamat di tengah-tengah wabak COVID-19 yang melanda republik itu.

Setiausaha Agung parti itu yang menyandang sementara jawatan perdana menteri, Lee Hsien Loong melalui sidang media maya  berkata: "Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan hasil pilihan raya kali ini.
https://t.me/kartelmedia
Lee menyifatkan kemenangan itu sebagai mandat yang jelas diberikan rakyat republik itu kepada partinya.

"Kami (PAP) memperoleh mandat yang jelas. Undi popular sebanyak 61 peratus. Kami memperoleh 83 kerusi daripada 93 kerusi yang dipertandingkan.

"Keputusan ini mencerminkan sokongan luas bagi PAP. Rakyat Singapura faham apa yang dipertaruhkan dan mengapa kita harus bersatu padu demi kepentingan Singapura." katanya.

Susulan tamatnya Pilihan Raya tersebut, Lee turut menyeru kepada rakyat Singapura agar kembali mengetepikan perbezaan dan berganding bahu untuk membawa Singapura keluar daripada krisis pandemik ini dengan selamat.

"Cabaran serius yang akan kita hadapi memerlukan tindak balas seluruh negara. Marilah kita melangkah ke hadapan bekerjasama sebagai satu pasukan Singapura demi kehidupan kita, pekerjaan kita, dan masa hadapan kita," katanya.

Lee sementara itu turut mengucapkan tahniah kepada Parti Pekerja yang mempertahankan enam kerusi di kawasan pilihan raya perwakilan kumpulan (GRC) Aljunied lima anggota dan kawasan pilihan raya perwakilan tunggal (SMC) Hougang serta menang kerusi baharu di GRC Sengkang empat anggota.
 

Post a comment

0 Comments