Pulau Jawa dilanda gempa


SATU gempa bumi kuat berukuran 6.6 magnitud menggegarkan  Kabupaten Jepara, Jawa Tengah di Indonesia jam 6.54 pagi tadi.

Ketua Pusat Gempabumi dan Tsunami BMKG Rahmat Triyono dipetik laporan Tempo berkata,  gegaran kuat dirasakan sehingga daerah Yogyakarta, Kuta dan Mataram.

Gegaran turut dirasai di pulau peranginan Bali yang terletak 800 km dari pusat gempa.

Kesan gempa sederhana turut dilaporkan di Denpasar, Malang, Ponorogo dan Surabaya, manakala di Banjarnegara, Lombok Barat dan Banyumas penduduk melaporkan terdapat goyangan dirasakan.

"Hingga saat ini belum ada laporan kerusakan yang ditimbulkan akibat gempabumi tersebut," dalam Rahmat dalam kenyataan.

Menurut laporan US Geological Survey (USGS), pusat gempa dikenal pasti terletak 100 kilometer di utara wilayah Batang.

Susulan gempa yang berlaku, tiada amaran Tsunami telah dikeluarkan pihak berkuasa.

Post a comment

0 Comments