Putrajaya digesa agih pelitup muka untuk pelajar


DUA Ahli Parlimen dari KEADILAN menggesa kerajaan persekutuan mengagihkan pelitup muka boleh guna semula kepada pelajar.

Menurut mereka, langkah tersebut dapat membantu pelajar mematuhi SOP sekaligus meringankan beban membeli pelitup muka itu yang terpaksa ditanggung ibu bapa.

Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye dan Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir  berkata pemberian tersebut hanya akan memakan kos sekitar RM24 juta.

Jumlah itu berdasarkan agihan 2 unit pelitup muka kepada setiap murid di seluruh negara dengan anggaran kos RM2 seunit.
https://t.me/kartelmedia
"Pemberian tersebut akan membantu mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan murid sekolah, yang mana keberangkalian jangkitan tanpa gejala jauh lebih tinggi berbanding orang dewasa

“Institusi pendidikan juga merupakan bakal punca besar-besarkan penularan sepertimana yang pernah berlaku di negara luar di Korea Selatan,” kata Lee dalam sidang media di bangunan Parlimen.

Sementara itu, Akmal yang juga Ketua Angkatan Muda (AMK) KEADILAN berkata, pemberian pelitup muka boleh cuci secara percuma, dari segi kos ia bukan sahaja lebih murah tetapi mampu bertahan lebih lama berbanding pelitup muka pakai buang.

Langkah mengagihkan pelitup muka melalui sekolah juga akan menyelesaikan masalah logistik dan menjadi asas untuk pelajar tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Post a comment

0 Comments