Quartararo mahu sambar kemenangan pertama


FABIO
Quartararo yang menunggang untuk pasukan pasukan Petronas Yamaha SRT akan memulakan saingan pembukaan musim ini di Grand Prix (GP) Sepanyol di petak utama.

Dalam sesi ujian masa di litar Jerez pada Sabtu, pelumba Perancis berusia 21 tahun itu mengetepikan penunggang Yamaha, Meverick Vinales apabila mencatatkan kepantasan satu minit 36.705 saat (s) sepusingan.

"Hari ini (semalam) memang sangat istimewa buat saya. Sudah tentu kita akan berasa gembira apabila dapat meraih petak utama selepas sekian lama tidak berlumba. Bagaimanapun, ini baru hari Sabtu dan kita harus melakukan perkara sama pada hari Ahad (hari ini)," kata Quartararo.
https://t.me/kartelmedia
Quantararo bakalcuba untuk meraih kejuaraan sulungnya hari ini, sekali gus menamatkan penantian ketika kali pertama beraksi di MotoGP musim lalu.

Sebagai rekod, Rookies of the Year (ROTY) dalam saingan musim lalu itu hanya  meraih empat kali naib juara daripada tujuh perlumbaan terakhir.

"Saya tidak terlalu fokus kepada kejuaraan sulung MotoGP, matlamat kami esok adalah untuk berada di podium. Kami mempunyai 13 perlumbaan dalam tempoh yang singkat, jadi kami harus meraih keputusan konsisten," katanya.

Pelumba Sepanyol, Vinales ketinggalan 0.139s tatkala suhu melepasi 34 darjah selsius menguji tahap ketahanan pelumba namun dalam masa sama membantu catatan masa lebih pantas

"Saya sangat baik, secara jujurnya. Saya rasa kami sudah ada peningkatan, terutama dalam cuaca panas. Saya tidak sabar untuk perlumbaan esok," kata Vinales. 


Sementara itu, pelumba pasukan Repsol Honda,
Marc Márquez bakal melengkapkan baris pertama perlumbaan hari ini dengan bermula di tempat ketiga grid perlumbaan

Post a comment

0 Comments