Rafizi rasa berbaloi, HARAPAN anggap kemenangan rakyat


ARKITEK kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN), Rafizi Ramli menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International semalam.

Melalui satu kenyataan, Naib presiden parti KEADILAN itu menyifatkan usaha mendedahkan skandal 1MDB itu adalah sesuatu yang "berbaloi".

“Saya sekarang jarang sekali mengulas mengenai politik semasa ini.

“Tetapi saya menghabiskan bertahun-tahun di barisan hadapan menangani skandal 1MDB dan SRC sebagai ahli Parlimen.

“Saya tidak pernah mengharapkan banyak kejayaan sejak dari dulu, tetapi saya merasakan bahawa semua pengorbanan itu sangat berbaloi hari ini,” katanya.

Semalam, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa berkaitan kes SRC International terhadap Najib Razak.

BACA:
Sumpah baru Najib lepas kena hukum 12 tahun penjara

Bekas Presiden Umno itu didapati bersalah atas tujuh pertuduhan dikenakan terhadapnya.
https://1.bp.blogspot.com/-IdYCpOMs-hc/XwSUOszx8LI/AAAAAAAAI8Y/aPj7CsLRzh07PeghbhzS215BqokwDlgyQCLcBGAsYHQ/s400/Follow%2BTelegram.jpg
Sementara itu, Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) mengucapkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada rakyat.

Dalam kenyataan semalam,  majlis itu berkata orang ramai tidak akan dapat melihat Najib Razak dibicarakan melalui proses undang-undang jika rakyat tidak bangkit memberikan kemenangan kepada gabungan itu pada 2018.

Dengan tertumbangnya kerajaan pimpinan Najib, proses perundangan membabitkan bekas perdana menteri itu akhirnya dapat dijalankan.

"Keputusan ini adalah satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia," kata kenyataan ditandatangani bersama Pengerusi HARAPAN, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dalam kenyataan serupa juga, HARAPAN  mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam proses berkenaan, termasuk mantan Peguam Negara, Tommy Thomas, yang memulakan proses perundangan tersebut.

Di sebalik sabitan berkenaan, HARAPAN berpendapat proses reformasi institusi secara menyeluruh perlu dilaksanaan bagi memastikan agar segala kepincangan dan kerosakan besar pada zaman BN tidak berulang.

“Ini hanya boleh dilakukan dengan pengembalian mandat rakyat ke tempatnya,” menurut kenyataan itu lagi.   


Sebagai rekod, Mahkamah membenarkan permohonan Najib Razak untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman ke atasnya sehingga rayuan didengar dan diputuskan.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bagaimanapun mengenakan syarat bahawa jumlah jaminan sebelum ini ditambah lagi RM1 juta dengan dua penjamin dibayar hari ini.


Najib juga diarahkan melapor diri ke balai polis terdekat dua kali sebulan

Post a comment

0 Comments