Ratusan gajah mati secara misteri


RATUSAN
ekor gajah ditemui mati secara misteri di Botswana, Afrika Selatan, lapor agensi berita antarabangsa AFP.

Pemangku Pengarah Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara, Cyril Taolo berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kematian 365 ekor gajah, mereka turut telah mengesahkan 275 dari jumlah kematian itu.

Bagaimanapun setakat ini, mereka menolak andaiaan sekiranya kematian misteri itu ada kaitan dengan aktiviti pemburuan secara haram

"Punca kematian masih di dalam siasatan dan pihak kami menolak ia disebabkan aktiviti pemburu haram kerana gading gajah-gajah tersebut masih ada," katanya.

Sampel telah dikumpulkan dan dihantar ke makmal khas di Zimbabwe dan Kanada untuk diuji.

Difahamkan, kejadian itu pertama kali dilaporkan pada bulan Mei lalu apabila pihak berkuasa menemui 12 bangkai gajah dalam tempoh seminggu di barat laut negara itu.

Post a comment

0 Comments