Rumah penduduk Pos Lejang dihanyut kepala air


DUA buah rumah kediaman penduduk di Pos Lejang, Kuala Lipis musnah dibadai kepala air semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, kepala air yang deras bersama lumpur berlaku secara tiba-tiba menyebabkan rumah terlibat musnah.

Kejadian itu turut menyebabkan berlaku tanah runtuh, selain dua rumah yang musnah, sebuah rumah penduduk turut mengalami kerosakan teruk.
https://t.me/kartelmedia

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir bagaimanapun berkata, tiada sebarang insiden kecederaan atau nyawa yang terlibat dalam kejadian tersebut.

"Situasi ini menyebabkan laluan terputus dan kenderaan tidak dapat keluar masuk ke Pos Lenjang," katanya di sini hari ini.

Satu video yang tular di media sosial turut memaparkan batu-batu besar dan kayu balak dihanyutkan kepala air.

Post a comment

0 Comments