Saksi mengaku beri sumbangan untuk dapat 'kerja'


SEORANG saksi dalam perbicaraan kes membabitkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengakui beberapa keping cek bernilai RM6.6 juta yang diberikan syarikatnya kepada Yayasan Akalbudi adalah bagi mendapatkan “kerja”.

Ng Hong Sing, 56, Pengarah syarikat MTM Network Sdn Bhd ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi berkata, pemberian sumbangan itu juga adalah sebagai “perkenalan” antara dirinya dengan bekas timbalan perdana menteri itu.

Tambah saksi pendakwaan ke-79 itu berkata beliau meminta kawannya yang mengenali seorang lelaki orang kuat Zahid yang dikenali “Datuk Ruzi” memperkenalkan beliau dengannya.

“Pada bulan Januari 2016 Datuk Ruzi memberitahu kepada saya bahawa dia boleh memperkenalkan saya kepada tertuduh, namun saya harus memberikan sedikit sumbangan kepada Yayasan Akalbudi bagi mendapatkan kerja,” kata Ng dipetik laporan FMT.
https://t.me/kartelmedia
Katanya selepas seminggu, beliau dan Datuk Ruzi pergi ke rumah tertuduh dan beliau memberitahu Datuk Ruzi bahawa beliau hanya boleh memberi sumbangan RM3 juta.

“Selepas tiba di rumah tertuduh, saya mendapati ada ramai orang lain menunggu untuk berjumpa tertuduh. Setelah Datuk Ruzi memperkenalkan saya kepada tertuduh beliau terus keluar dan meninggalkan saya dengan tertuduh.

“Semasa bersama dengan tertuduh, beliau mengucapkan terima kasih kepada saya kerana sudi memberi sumbangan kepada Yayasan Akalbudi.

“Saya juga memberitahu tertuduh bahawa saya akan memberi sumbangan kepada yayasan itu sebanyak RM3 juta. Tertuduh juga memberitahu saya bahawa urusan selebihnya, saya boleh berhubung dengan Datuk Ruzi,” katanya dan menambah pertemuan tersebut berlaku lebih kurang 5 hingga 6 minit.

Zahid, 67, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, 8 rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Sementara itu, Ng berkata, selepas keluar dari rumah Zahid, Datuk Ruzi memberitahu bahawa beliau akan mendapatkan projek yang lebih besar jika menyumbang lebih (jumlah tinggi) kepada Yayasan Akalbudi.

Namun beliau memberitahu kepada Datuk Ruzi bahawa nilai maksimum yang saya boleh sumbang adalah sebanyak RM6 juta sahaja.

“Saya ada membuat rundingan dengan Datuk Ruzi bahawa akan memasukkan RM6 juta ke dalam akaun Yayasan Akalbudi secara berperingkat selama setahun kerana syarikat masih belum mempunyai wang yang cukup. Datuk Ruzi bersetuju dengan cadangan saya pada ketika itu,” katanya lagi.

BACA:
Cek hampir setengah juta untuk gangster
Ketika ditanya timbalan pendakwa raya Harris Ong Mohd Jeffry Ong semasa pemeriksaan utama, daripada mana sumber kewangan yang diperolehi bagi memberi sumbangan kepada Yayasan milik Zahid itu, saksi itu menjawab bahawa: “wang itu diperoleh daripada hasil pinjaman daripada rakan-rakan,”.

Harris Ong: Berapa jumlah keseluruhan yang anda bayar kepada Yayasan Akalbudi?

Ng: Mengikut rekod saya sebanyak RM6.6 juta.

Harris Ong: Hingga hari ni, adakah anda terima apa-apa pulangan?

Ng: Tidak ada.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zaidi Zainal, Ng bersetuju bahawa Zahid tidak menjanjikan apa-apa (projek) daripada sumbangan tersebut dan kata-kata itu (mengenai projek) hanya keluar daripada mulut Datuk Ruzi.

Post a comment

0 Comments