Satu korban baru Covid-19 dilaporkan


MALAYSIA
mencatatkan satu kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Kematian terbaharu selepas negara tidak mencatatkan korban kes sejak seminggu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian kini seramai 124 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes terbaru itu melibatkan seorang wanita warganegara Malaysia (kes ke-8743) berumur 63 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi, kencing manis dan hypercholesterolemia.

https://t.me/kartelmedia

“Beliau mempunyai gejala pada 3 Julai dan dirujuk ke Hospital Umum Kuching pada 9 Julai untuk rawatan lanjut, ujian Covid-19 didapati positif. |

“Keadaan beliau didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Julai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 13 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negara ini sebanyak 8,897 kes.

Daripada 13 kes baharu itu, sepuluh kes melibatkan penularan tempatan manakala tiga lagi adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara.

Mengenai penularan tempatan, sembilan kes melibatkan warganegara , Ia terdiri dari enam kes daripada Kluster Bukit Tiram, Johor.

Satu kes daripada Kluster Sentosa di Sarawak, satu kes daripada saringan pra prosedur di Pahang dan satu kes daripada saringan kontak rapat kepada kes ke-8662 di Sabah.

"Satu kes melibatkan bukan warganegara adalah daripada Kluster Bukit Tiram,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham memberitahu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 173 kes, mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Dua sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Enam kes pula dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,600 kes iaitu 96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” jelas beliau lagi.

Post a comment

0 Comments