Penunggang H2R maut kemalangan


SEORANG
penunggang motosikal berkuasa tinggi maut setelah terlibat kemalangan ketika berkonvoi bersama rakan-rakannya.

Kemalangan berlaku di Kilometer 32 Jalan Sungai Koyan - Pos Betau kira-kira jam 12 tengah hari tadi

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, mangsa  Mohd Fadzly Abd Hamid, 40, dari Segamat, Johor mengalami parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Keadaan motosikal mangsa
Tambah Azli, siasatan awal mendapati, mangsa bersama beberapa penunggang lain dari dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju Cameron Highland, sebaik tiba ditempat kejadian motosikal jenis Kawasaki H2R ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terbabas.

"Motosikal mangsa melanggar tembok longkang dan impak daripada rempuhan itu menyebabkannya melambung sejauh lima meter sebelum terjatuh di bahu jalan.

"Kemalangan disebabkan terbabas sendiri dan tidak melibatkan kenderaan lain. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dipetik.

Susulan itu, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

Post a comment

0 Comments