S'gor lulus usul desak Parlimen gubal akta lompat parti


SELANGOR
meluluskan usul mendesak kerajaan persekutuan menggubal rang undang-undang anti lompat parti.

Usul tersebut dibawa ADUN Bukit Gasing, R Rajiv ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam untuk diluluskan, bagaimanapun Speaker Ng Suee Lim berkata tidak ada hak untuk meluluskan undang-undang seumpama itu.

“Solusinya hari ini, kita di DUN tidak ada hak untuk ubah undang-undang ini, jadi kita menggesa kerajaan persekutuan menggubal undang-undang anti lompat parti,” katanya di lobi DUN.
https://t.me/kartelmedia
Usul tersebut yang diluluskan sebagai gesaan mengkehendaki sekiranya ada mana-mana wakil rakyat melompat parti, mereka perlu mengosongkan kerusi tersebut.

Tindakan itu perlu bagi mempertahankan mandat yang diberikan rakyat menerusi pilihan raya.

“Sebagai Adun, termasuk saya, (ada kemungkinan) sesiapa pun dipilih dalam mana-mana pilihan raya apabila sampai satu masa, mereka (akan) lompat parti, khianat dan sebagainya dengan alasan tertentu," tambahnya.

Sehubungan itu, usul tersebut akan dihantar ke Parlimen dalam tempoh 2 minggu lagi untuk diteliti jika ada keperluan untuk digubal.

Persidangan DUN Selangor ditangguhkan semalam ke tarikh yang akan ditentukan kemudian

Sebanyak 6 usul diluluskan sepanjang sidang DUN 4 hari bermula Isnin lepas, iaitu Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor, pembasmian kemiskinan, pengurusan sumber air Selangor, penilaian prestasi pihak berkuasa tempatan (PBT), mempercepatkan proses penggantian paip di Selangor serta anti lompat parti.

Post a comment

0 Comments