Speaker umum Anwar sebagai Ketua Pembangkang


PENGERUSI
Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim secara rasmi disahkan menjadi ketua pembangkang baru di Dewan Rakyat.

Pengumuman itu dibuat Speaker, Mohamad Ariff Md Yusof sebaik saja Dewan Rakyat bersidang semula hari ini setelah beliau berpuas hati Anwar sokongan majoriti ahli Parlimen pembangkang.

“Saya suka hendak memaklumkan iaitu mengikut maklum balas yang saya terima, saya berpuas hati bahawa Anwar Ibrahim, ahli parlimen Port Dickson telah mendapat sokongan dari kalangan ahli-ahli pembangkang di parlimen untuk dilantik sebagai ketua pembangkang.

“Syabas YB Port Dickson,” katanya.

Hari ini Dewan Rakyat akan bersidang penuh setelah kerajaan di peringkat persekutuan bertukar secara mengejut susulan 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan Pakatan Harapan (HARAPAN) tumbang.
https://t.me/kartelmedia
Pentadbiran Muhyiddin sebelum ini dikritik kerana dianggap sengaja melewat-lewatkan sidang tersebut terutama ketika banyak perbahasan penting perlu dijalankan bagi menangani kesan pendemik Covid-19.

Sementara itu, Ariff turut mengumumkan aturan tempat duduk baru di Dewan Rakyat bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Dalam aturan baru itu, hanya 174 ahli Parlimen ditempatkan dalam dewan dengan jarak 1m, manakala selebihnya akan duduk di galeri awam.

Anwar  yang juga merupakan Presiden KEADIALAN kemudiannya menggesa Ariff untuk memasang mikrofon sementara supaya ahli Parlimen yang duduk di galeri awam dan pegawai boleh didengari.

Bung Moktar Radin (PN-Kinabatangan) kemudian menyokong cadangan dikemukakan Anwar tersebut.

 

Post a comment

0 Comments