Sumpah baru Najib lepas kena hukum 12 tahun penjara


BEKAS
Presiden parti Umno, Najib Razak telah didapati bersalah dalam tujuh pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam penghakiman hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan salah guna kuasa berkaitan kes SRC International.
 
"Selepas menimbangkan semua keterangan, saya mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kesemua tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM 42 juta milik SRC dihadapai tertuduh.

"Saya dengan ini mendapati tertuduh bersalah ke atas ketujuh-tujuh tuduhan," kata Mohd Nazlan yang mengambil masa kira-kira dua jam untuk membacakan penghakimannya.
 
Hukuman Serentak
Bagi tiga kes salah guna kuasa, Mohd Nazlan menetapkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
https://1.bp.blogspot.com/-IdYCpOMs-hc/XwSUOszx8LI/AAAAAAAAI8Y/aPj7CsLRzh07PeghbhzS215BqokwDlgyQCLcBGAsYHQ/s400/Follow%2BTelegram.jpg
Najib didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan mendapatkan suapan RM42 juta apabila terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan dalam memberikan jaminan kerajaan terhadap pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan kepada SRC International.

Najib didapati melakukan kesalahan itu antara Disember 2014 dan Mac 2015 di Bangunan Ambank Group Jalan Raja Chulan, ibu negara.

Bagi kes pecah amanah, hakim menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara bagi setiap kesalahan.

“Bagi kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dengan denda minimum lima kali ganda dari nilai suapan iaitu RM210 juta.

Najib bersama penyokong | Foto- Google
“Bagi kesalahan tiga kesalahan pecah amanah, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan. Manakala bagi tiga lagi kesalahan dibawah AMLA 2001, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan. Hukuman penjara akan dijalankan secara serentak,” kata Mohd Nazlan.

Bagi kesalahan pengubahan wang haram pula, Ahli parlimen Pekan itu dihukum penjara 10 tahun bagi setiap kesalahan. Bagaimanapun tiada denda dikenakan bagi kesalahan berkenaan.

Dia didapati bersalah menerima RM42 juta hasil aktiviti haram melalui sistem yang dipindahkan mengikut sistem pemindahan dana dan sekuriti secara elektronik masa nyata (RENTAS) dan didepositkan ke dalam akaun peribadi miliknya di AmIslamic Bank Berhad.

BACA: Kesalahan Najib telah dibuktikan - Pendakwaan 
Mohd Nazlan memerintahkan semua hukuman penjara akan berjalan serentak.

Dalam sesi mahkamah itu, seorang peguam Najib,  memberitahu bahawa tertuduh tidak dapat membayar denda yang ditetapkan kerana sudah diarah mahkamah lain membayar RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.


Najib bersumpah lagi


Sebagai rekod, Najib, 67, tahun merupakan Ketua Negara pertama dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan penyelewengan.

Disebalik tindakan perundangan dan laporan antarabangsa mengenai skandal kewangan terbesar dunia itu, Dia berulang kali menegaskan tidak terlibat dalam penyelewengan tersebut.

Najib pernah membuat kenyataan bahawa sejumlah wang dalam nilai besar yang dimasukkan kedalam akaun bank miliknya bukan dari 1MDB sebaliknya adalah derma. 

Ketika diberi peluang bercakap selepas penghujahan mitigasi pendakwaan dan pembelaannya petang tadi, Najib membuat sumpah laknat dihadapan hakim bahawa dia tidak merancang untuk mendapatkan RM42 juta itu.

Post a comment

0 Comments