Tanpa parti, kumpulan Azmin dijangka ditolak rakyat


SEORANG pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) melihat keputusan Mohammad Azmin Ali dan pengikutnya keluar HARAPAN dan bersekongkol dengan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) hanya akan memakan diri.

Naib Pengerusi AMANAH Johor, Abdul Hamid Jamah yang dipetik Malaysiadateline berkata, kumpulan bekas Timbalan Presiden KEADILAN itu akan ketinggalan dan berdepan kesukaran mempromosikan diri mereka selepas dilihat sebagai ahli politik tidak berparti.

“Pasukan Azmin pastinya tersepit kerana mereka tidak tahu ke mana hala tuju politik mereka untuk dibawa kepada rakyat.Kini mereka ibarat kapal yang karam tanpa layar.
https://t.me/kartelmedia
"Lihat saja program-program yang mereka buat, ia tidak mendapat sokongan daripada kerajaan negeri dan hanya mereka menggunakan penama sebagai ‘menteri’ atau jawatan di dalam kerajaan sahaja,” katanya dipetik.

Tambahnya, kumpulan tersebut harus sedar bahawa mereka  hanyalah alat oleh parti politik dalam komponen PN semata-mata.

Pengundi di negara ini jelasnya lebih selesa memilih ahli politik berdasarkan parti dianggotai seseorang calon itu. 

“Atas ‘platform’ apa yang mereka mahu gerakan agenda mereka? pasukan itu sendiri rapuh kerana tidak ada kesatuan membentuk sebuah pasukan yang berdaftar secara sah,” katanya lagi.

Ketua AMANAH Kawasan Batu Pahat itu turut membangkitkan persoalan sama ada Umno dan PAS akan memberi laluan mudah kepada calon dari kem Azmin.

Beliau mengambil contoh kerusi Batu Pahat dimana wakil rakyatnya diwakili seorang bekas pemimpin KEADILAN yang keluar parti untuk bersama dengan kumpulan Azmin.

“Sekarang ini di Parlimen Batu Pahat ia disandang oleh Ahli Parlimen yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat iaitu Datuk Rashid Hasnon.

“Pastinya pada PRU yang akan datang Datuk Rashid yang merupakan pasukan Azmin nak bertanding atas tiket apa?

“Adakah Umno ataupun Pas akan memberikan laluan mudah kepada Datuk Rashid untuk mempertahankan kerusi berkenaan dan dalam pada masa yang sama beliau tidak berparti?” soalnya lagi.

Post a comment

0 Comments