'Terasa hati' dengan sikap penyokong Najib


KETUA 
Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah kecewa dengan penyokong Najib Razak.

Ia susulan tindakan mereka yang tidak mengamalkan penjarakan sosial dan ada antaranya tidak memakai pelitup muka ketika berhimpun di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan kes penyelewengan dihadapi bekas perdana menteri itu siang tadi.

“Sudah terang lagi bersuluh, setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya 1m, memakai topeng dan kerap cuci tangan.

“Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri,” tulisnya di Twitter selepas seorang wakil rakyat dilaporkan bimbang berlaku kluster baru susulan himpunan solidariti menyokong bekas perdana menteri itu di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
https://t.me/kartelmedia
Terdahulu, seorang Ahli Parlimen KEADILAN bimbang akan wujud kluster baru selepas ribuan penyokong Najib berkumpul.

Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) berkata, kebimbangannya berikutan himpunan itu tidak dikekang dan dikawal pihak berkuasa.

“Kita bimbang berlaku kluster baru akibat daripada 1 perhimpunan yang tidak dikekang dan tidak dikawal.

“Walaupun kenaikan angka kes positif harian masih antara 1 atau 2 digit. Kebimbangan tetap ada terutamanya hari ini kita dengar ada 1 himpunan di mahkamah,” katanya ketika berucap membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Tegasnya lagi, langkah pencegahan wajib diamalkan dan perlu lebih berdisiplin secara bersama bagi memastikan penularan Covid-19 benar-benar tamat.

Post a comment

0 Comments