Terbang ke Sepanyol, Hafizh tak sabar nak beraksi


PELUMBA motosikal sensasi negara, Hafizh Syahrin Abdullah berharap dapat menebus kekecewaannya, dengan menyasarkan mencatatkan keputusan cemerlang di GP Sepanyol.

Kembali ke kelas Moto 2 bersama pasukan Aspar, Hafizh menyasarkan untuk menduduki lima terbaik dalam perlumbaan di Sirkit Jerez pada 17-19 Julai ini.

"Kalau boleh memang nak dapat kedudukan lima terbaik atau sekurang-kurangnya meraih mata. Ia lebih baik daripada tanpa sebarang mata, sebab saya gagal kutip mata di perlumbaan pertama.

"Banyak perkara saya telah belajar dari perlumbaan di Qatar dan saya akan cuba ingat mana yang boleh, selain memperbaiki kelemahan yang ada," katanya dalam satu sidang media.
https://t.me/kartelmedia
Hafiz sebelum ini berlumba dalam kelas MotoGP bersama Monster Yamaha Tech 3 pada 2018 dengan memberi cabaran yang dianggap sebagai memberangsangkan. Namun prestasi pelumba berusia 26 tahun itu merudum ketika bersama pasukan Red Bull KTM Tech 3.

Hafizh difahamkan sukar menyesuaikan corak tunggangan dengan jentera baru digunakan pasukan tersebut.

Sementara itu, Hafizh difahamkan telah terbang ke Sepanyol semalam selepas mendapat pelepasan khas dan kebenaran masuk ke negara itu berikutan penetapan Kesatuan Eropah yang hanya membenarkan rakyat daripada 15 negara, untuk memasuki kesatuan tersebut, dan Malaysia tidak tersenarai.

Hafizh berkata, beliau teruja untuk ujian tidak rasmi di litar Jerez pada 15 Julai, sebagai proses menyesuaikan diri dengan motosikal, selepas tidak beraksi selama empat bulan.

"Saya lebih bersedia dan tidak boleh tunggu lama untuk lompat atas jentera. Saya akan cuba buat yang terbaik demi rakyat Malaysia. Saya harapkan sesi percubaan itu nanti dapat beri saya peluang untuk adaptasi dengan jentera Moto2 secepat mungkin," katanya.

Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia musim 2020 telah ditangguhkan pada March selepas perlumbaan di Qatar, akibat penularan  pendemik Covid-19.

Post a comment

0 Comments