Terjejas lepas lawatan ‘makcik gelang pink’


PEMILIK sebuah restoran yang dilawati ‘makcik gelang pink’ mengambil inisiatif menjalankan proses sanitasi di premis miliknya.

Pemilik restoran yang mahu dikenali sebagai Sham dipetik laporan Sinar berkata, pihaknya melakukan sanitasi di seluruh ruang restorannya sebagai langkah keselamatan.

Ia dilakukan dengan  bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.
https://t.me/kartelmedia
“Restoran kami beroperasi antara jam 7.30 pagi hingga 12 tengah hari mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan merekod nama dan mengambil bacaan suhu badan.

“Berkaitan wanita itu, kami tidak menyedari langsung kerana dia memakai baju lengan panjang sehinggalah gambarnya tersebar kelmarin,” katanya dipetik.

Warganet sebelum ini gembar apabila gambar seorang pesakit di bawah pengawasan (PUS) berkaitan wabak koronavirus (Covid-19) yang memakai 'gelang pink' tular di media sosial.

Tanpa rasa bersalah, wanita tersebut dirakam sedang makan di restoran  yang dilapor terletak di Meru Raya, Ipoh.

Undang-undang mengarahkan individu yang berada dalam pengawasan mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah (HSO), ia bagi mengelak wabak tersebut tersebar sekiranya individu terbabit positif wabak tersebut.

Susulan penularan gambar itu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak mula menjalankan siasatan dan tindakan sewajarnya termasuk perundangan akan diambil sekiranya individu didapati ingkar kepada arahan pihak berkuasa.

Tindakan individu tersebut juga mendapat kecaman warganet. kerana dianggap tidak perihatin terhadap usaha mengekang penularan Covid-19.

Sementara itu, Sham berkata susulan penularan gambar tersebut, perniagaan dijalankannya sedikit terjejas.

“Perniagaan dah dua hari ‘slow’. Kami pun faham mesti ada pelanggan yang berasa takut dengan keadaan itu.

“Restoran kami mempunyai 20 peniaga dan pekerja bercadang untuk menjalani saringan. Apa-apa pun kami menunggu hasil siasatan daripada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan polis,” katanya.

Post a comment

0 Comments