Tiada kes positif Covid dirawat di ICU


KES baharu Covid-19 dikesan di Malaysia dalam tempoh 24 jam sehingga tengahari tadi adalah sebanyak tujuh kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah itu, tiga kes adalah penularan dalam negara melibatkan warganegara Malaysia.

Empat kes pula melibatkan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu tiga warganaegara dan seorang bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia.

"Tiada kes penularan di dalam negara di kalangan bukan warganegara yang dilaporkan. Kesemua tiga kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia.

"Kes berlaku di Sabah iaitu tiga kes saringan prapembedahan, dua kes dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, dan  satu kes dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas," katanya dalam sidang media.
https://t.me/kartelmedia
Dengan perkembangan itu, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di negara ini kini sebanyak 8,904 kes.

Dalam pada itu, satu kes pulih Covid-19 dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 adalah sebanyak 8,601 kes.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian membabitkan wabak itu di Malaysia kekal sebanyak 124 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, tiada kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Post a comment

0 Comments