Tulisan Jawi: Pemuda DAP bidas pemimpin sama parti


TINDAKAN Adun Tras dari DAP Chow Yu Hui yang memfailkan permohonan mahkamah untuk mencabar ketetapan kerajaan Pahang untuk mewajibkan tulisan jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di negeri itu menerima kritikan dari rakan dalam parti tersebut.

Ketua Pemuda DAP Howard Lee Chuan How melalui ciapan dicatat menggunakan tulisan Jawi menyifatkan tindakan undang-undang Chor itu sebagai tindakan sia-sia.

Ciapan Howard Lee di twitter
"Remeh-temeh. Kita patut utamakan perkara yang lebih mendesak," kata Howard yang juga Adun Pasir Pinji dipercayai menegur tindakan rakan separtinya itu.

Terdahulu Chow dalam pemfailan di Mahkamah Tinggi Kuantan berkata kerajaan tempatan tidak harus memaksa orang ramai, terutama pemilik perniagaan, NGO atau mana-mana pihak untuk menyertakan tulisan jawi di papan tanda mereka.

Chow memberi alasan bahawa pelanggan di restoran Cina atau kedai barangan agama Buddha/Taoisme adalah orang bukan Melayu yang tidak boleh membaca jawi.

Sementara itu, tindakan Chow turut dikritik Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Mahdzir Ibrahim.
https://t.me/kartelmedia
Menurut Mahdzir isu papan tanda ini "adalah isu teknikal yang boleh diselesaikan menerusi rundingan diplomasi dan persefahaman" antara kerajaan negeri dan wakil-wakil persatuan rumah ibadat bukan Islam atau persatuan yang mewakili kedai-kedai menjual peralatan agama Budha/ Tao.

"DAP sebagai parti politik tidak perlu menjadi jaguh atas platform yang salah.

"Di sebalik isu penggunaan tulisan Jawi baik pada buku atau papan tanda, ia adalah permasalahan dalam konteks budaya, bukan dalam konteks hak dan kebebasan memilih," kata sambil menggesa Chow menarik balik tindakan undang-undang di mahkamah.

"Saya menggesa agar rakan saya YB Chow Yu Hui untuk menarik semula permohonan mahkamah beliau sebaliknya membantu wakil-wakil pertubuhan/persatuan rumah atau kedai ibadat bukan Islam untuk berdialog dan mencari penyelesaian diplomasi dengan kerajaan negeri dengan cara yang penuh muhibbah dan saling menghormati.

"Inilah tugas parti politik," katanya pada suatu kenyataan.

Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming pula beranggapan tindakan Chow sebagai "sangat tidak diperlukan" dan memeentingkan diri sendiri khususnya dengan mengambil kira keadaan politik nasional masa kini.

"Orang-orang yang hendak menjadi 'wira' ini adalah sebab kenapa rakyat melihat DAP sebagai liabiliti," kata timbalan pengarah pendidikan politik DAP itu dipetik.

 

Post a comment

0 Comments