Usul Syed Ibrahim kutuk Israel disokong sebulat suara


DEWAN Rakyat secara sebulat suara telah bersetuju dengan usul khas dibawa Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh mengenai isu Palestin semalam.

Usul yang dibawakan pada Persidangan Kamar Khas itu antara lain menggesa kerajaan bekerjasama dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mendesak agar Israel disingkirkan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Syed Ibrahim ketika membahaskan usul tersebut berkata, pihaknya mengharapkan agar semua Ahli Parlimen  kerajaan atau pembangkang bersatu menunjukkan kesepakatan mengutuk penindasan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
https://t.me/kartelmedia
“Kita cadangkan untuk mengadakan petisyen yang ditandatangani semua anggota Parlimen kedua-dua belah pihak sebagai isyarat jelas bantahan Malaysia tentang Israel.

“Israel perlu diusir daripada perhimpunan dan semua agensi PBB memandangkan kegagalan negara itu memenuhi kewajipan dan aku janjinya sebagai anggota PBB seperti yang dinyatakan dalam Piagam PBB," tegasnya.

Wakil Rakyat dari KEADILAN itu turut mencadangkan supaya petisyen berkenaan disebar luas kepada ahli-ahli parlimen serantau dan negara Asean sebelum  dibawakan ke kedutaan Amerika, .

"Ahli Parlimen perlu memanfaatkan jaringan masing-masing di semua peringkat termasuk antarabangsa supaya kita dapat globalisasikan sokongan Palestin dan kita sentiasa menyokong bantahan terhadap Israel,” kata Syed Ibrahim dalam sidang media selepas itu.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim memberitahu pihaknya menerima respon positif untuk memperjuangkan isu Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang dilakukan rejim berkenaan.

Malah isu penindasan terhadap rakyat Palestin turut disuarakan negara lain termasuk Perancis dan Kesatuan Eropah.

Post a comment

0 Comments