Wanita maut kereta rempuh belakang 4X4


SEORANG
wanita maut selepas kereta dinaiki merempuh belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Dalam kejadian di Kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan pagi semalam, Jum Kamariah Mamat, 41, dari Felda Keratong 9, Muadzam Shah meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa sebelumnya menaiki kereta jenis Proton Wira dipandu Salleh Long, 66, dan dua lagi penumpang dikenali sebagai Mamat Daud, 64, dan Nor Katijah Mamat, 30.
https://t.me/kartelmedia
Memetik laporan Sinar, ketiga mangsa lain dalam kereta tersebut parah manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda, Tan Tian Chin, 60, tidak mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Razli Mohd Yusof dipetik berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan dalam perjalanan dari arah Segamat menghala ke Kampung Runchang.

"Ketika sampai di tempat kejadian, pemandu Ford Ranger berhenti dan memberi lampu isyarat untuk masuk simpang kanan ke Kampung Runchang.

Keadaan kenderaan terbabit | Foto -Bomba
"Kereta Proton Wira yang datang dari arah belakang dipercayai gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang kenderaan tersebut," katanya.

Susulan kejadian itu, seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chini dibantu anggota dari BBP Muadzam Shah dikejarkan ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

Mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat manakala yang parah dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Mohd Razali berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a comment

0 Comments