Warga emas 102 tahun ditemui mati selepas hilang


SEORANG wanita berusia 102 tahun ditemui terapung tidak jauh dari rumahnya pagi tadi.

Mayat Marwiyah Sakke ditemukan penduduk kampung pada jam 6 pagi tadi selepas disedari hilang dari rumahnya di perkampungan atas air Kampung Tanjung Batu Keramat oleh ahli keluarganya empat jam sebelum itu.

Cucu mangsa, Sakinah Samsudin, 36, yang dipetik Bernama berkata ahli keluarganya menyedari nenek mereka hilang pada jam 2 pagi selepas mendapati dia tiada di biliknya.
https://t.me/kartelmedia
Kemudian, usaha mencari diteruskan oleh ahli keluarga di sekitar kampung sebelum menjumpai selipar dan kain batik milik neneknya berhampiran perahu di bawah rumah .

"Tidak lama selepas itu, kami dimaklumkan oleh penduduk kampung penemuan mayat nenek kira-kira satu kilometer dari kawasan rumah," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tawau.

Menurut Sakinah, meskipun neneknya berumur lebih 100 tahun tetapi dia masih sihat, namun sedikit nyanyuk dan sering merayau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
 

Post a comment

0 Comments