Warisan bakal 'pening' jika bawa Tun M masuk


PARTI Warisan Sabah (Warisan) akan berdepan penentangan dikalangan ahli parti itu sekiranya mereka mahu membawa bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mhathir Mohammad ke dalam parti itu.

Pandangan itu disuarakan seorang ahli akademik dari Universiti Malaysia Sarawak, Dr Arnold Puyok.

“Mereka perlu jelaskan fokus parti, hala tujunya, dan wawasannya kerana Mahathir tidak dikenali sebagai seorang yang menyokong autonomi untuk Sabah,” katanya dipetik sebuah portal.

Puyok berkata begitu sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Warisan, Liew Vui Keong berkata pemimpin Warisan akan perlu pertimbangkan pindaan pada perlembagaan parti bagi menjadikan ia parti nasional untuk membolehkan penyertaan Mahathir.
https://t.me/kartelmedia
Dengan kenyataan tersebut juga, Puyok yang merupakan pensyarah Sains Politik di univerisiti berkenaan turut mempersoalkan apakah Warisan sedia mengendurkan fahaman hak Sabahnya jika membawa Mahathir menyertai parti itu.

Sementara itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Jeffrey Kitingan percaya kenyataan Liew untuk parti itu mempertimbangkan untuk membawa masuk Mahathir ke dalam Warisan adalah kenyataan separuh masak.

Penyertaan mahathir ke dalam warisan dilihat akan mencetus konflik antara bekas perdana menteri itu dengan Presiden Warisan Shafie Apdal.

“Saya tak fikir Mahathir sedia merendahkan dirinya kecuali beliau lebih terdesak daripada Shafie,” tambahnya.

Beliau juga berkata kesediaan Warisan menerima Mahathir agak ironik memandangkan parti itu berulang kali berikrar akan menuntut semula hak ngeri mengikut Perjanjian Malaysia 1963 dan bekas perdana menteri itu didakwa menafikan hak-hak itu.

“Sekiranya Mahathir sertai parti itu dan menjadi pengerusinya, ia memberi gambaran Shafie dan partinya bawah perintah Tanah Melayu.

“Sekiranya ia berlaku, kita akan terpaksa melupakan saja Perjanjian Malaysia dan hak negeri.”tambahnya lagi.

Post a comment

0 Comments