10 dari 11 kes baru merupakan kes import


SEBANYAK
11 kes baru Covid-19 dicatatkan hari ini, lapor Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya satu daripada 11 kes baru itu membabitkan penularan tempatan, manakala 10 kes import itu membabitkan 6 warganegara dan 4 warga asing.

Daripada kes import itu, 8 daripadanya pulang dari India (7 kes di Kuala Lumpur dan satu kes di Selangor), manakala masing-masing seorang kembali dari Indonesia (satu kes di Selangor) serta Qatar (satu kes di Kuala Lumpur).

Sementara, satu kes jangkitan tempatan itu membabitkan warganegara yang dikesan ketika menjalani saringan pra-pembedahan di Hospital Umum Sarawak.

Dengan perkembangan terkini itu, jumlah  keseluruhan kes positif dikesan setakat ini berjumlah 9,317 kes. manakala pesakit yang pulih ialah sebanyak 9,038 termasuk 8 kes hari ini.

154 pesakit Covid-19 masih dirawat di seluruh negara dengan 8 di unit rawatan rapi dan 6 memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu tambah Dr Noor Hisham, Kementerian Kesihatan dimaklumkan 3 kes positif di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka dengan 2 daripadanya dikesan melalui saringan pra-pembedahan dan seorang lagi selepas menunjukkan simptom.

SUsulan itu, pengesanan kes aktif masih diteruskan dengan 109 individu dikenal pasti sebagai kontak rapat dan sedang menunggu keputusan ujian saringan mereka.

“Saringan kontak rapat dan aktiviti di lapangan masih diteruskan. Situasi semasa akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.”
 

Post a comment

0 Comments