11 kes baharu Covid-19 dilaporkan.


KEMENTERIAN
Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 11 lagi kes positif baru Covid-19 direkodkan setakat tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah itu lapan kes adalah kes import.

Ia melibatkan tujuh warganegara dan seorang bukan warganegara yang memasuki negara ini dari Singapura, Filipina, Australia dan Jepun.

Tiga kes lagi merupakan penularan dalam negara, ia membabitkan dua kes di kalangan warganegara Malaysia dan satu kes di kalangan bukan warganegara.

"Dua kes penularan Covid-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia adalah kes saringan bergejala di sebuah pusat perubatan di negeri Kedah.

"Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Kedua-dua kes ini tidak berkait rapat antara satu sama lain," katanya.
https://t.me/kartelmedia
Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan direkodkan sehingga kini ialah sebanyak 9,114 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak lapan kes pulih hari ini. Jumlah kes keseluruhan yang telah pulih daripada Covid-19 setakat kini adalah sebanyak 8,817 kes.

Selain itu terdapat satu kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) namun tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.
 

Post a comment

0 Comments