13 bekas calon Bersatu isytihar keluar parti



SERAMAI
13 bekas calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mengisytiharkan keluar parti.

Bernama melalui laporannya berkata, kesemua 13 individu tersebut ialah bekas calon di sembilan kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) - hari ini

Bekas calon bertanding kerusi Parlimen terbabit ialah Datuk Dr Mohd Faudzi Musa yang pada PRU14 bertanding di kerusi Parlimen Setiu, Terengganu; Azran Deraman (Jeli, Kelantan); Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh (Besut, Terengganu); Profesor Dr Salihuddin Radin Sumadi (Pasir Salak, Perak); Mohamad Rafidee Hassim (Kuala Krau, Pahang).

Norliza Ngadiman (Penggerang, Johor); Datuk Khairil Anuar Akhiruddin (Larut, Perak); Mohd Nor Hussin (Gua Musang, Kelantan); dan Amirul Fairuzzeen Jamaluddin (Lenggong, Perak).

Bekas calon kerusi DUN ialah Dr Che Ku Hashim Che Ku Mat (Kuala Besut, Terengganu); Kapten Wan Marzudi Wan Omar (Semerak, Kelantan); Dr Wan Zulkhairi Wan Md Zain (Tendong, Kelantan); dan Afif Syairol Abdul Rahim (Bebar, Pahang).

Mohd Faudzi yang mewakili kumpulan berkenaan dalam sidang media semalam berkata, mereka akan bertindak sebagai 'kumpulan pemerhati' dan tidak akan menyertai mana-mana parti buat sementara waktu.

"Keputusan dibuat setelah mengambil kira pendapat suara akar umbi dan ia dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak," katanya.

Ditanya adakah mereka akan menyertai parti baharu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu

Parti Pejuang Tanah Air, Mohd Faudzi berkata perkara itu masih dalam perbincangan memandangkan ia belum ditubuhkan secara rasmi.

Post a comment

0 Comments