17 terbunuh, pesawat terbabas di Karala


SEKURANG-KURANGNYA
17 orang, termasuk juruterbang dan pembantunya terbunuh dalam nahas membabitkan sebuah pesawat milik Air India Express malam tadi.

Memetik beberapa laporan agensi berita antarabangsa, pesawat jenis Boeing 737 dengannombor pendaftaran IX 1344 tergelicir di landasan ketika mendarat di lapangan terbang Kozhikode, Kerala di India.

Pesawat itu dilaporkan membawa 190 penumbang dan anak kapal yang kebanyakkannya ialah warganegara itu yang sebelumnya terkandas di Dubai akibat Covid-19.

Indianexpress.com dalam laporannya berkata, pesawat itu terjunam kedalam lembah sedalam 30 kaki di hujung landasan sebelum terbelah dua.
https://t.me/kartelmedia
Seorang pegawai kanan polis, Abdul Karim. berkata mangsa yang cedera dalam nahas ketika hujan lebat itu dibawa ke hospital, sementara usaha mencari mangsa hilang masih diteruskan.

"Sekurang-kurangnya 89 mangsa dibawa ke beberapa hospital sekitar Kozhikode, kebanyakannya dengan kecederaan serius," katanya.

Sementara itu, syarikat terbabit melalui satu kenyataan media memberitahu, terdapat 174 penumpang, 10 bayi, dua juruterbang, dan lima kru kabin di pesawat itu.

"Tidak ada kebakaran yang dilaporkan pada saat pendaratan." kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Perdana Menteri Narendra Modi dan Ketua Pembangkang negara itu melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan kejadian itu.

"Sedih dengan kecelakaan pesawat di Kozhikode. ingatan saya bersama mereka yang kehilangan orang yang mereka sayangi. Semoga yang cedera pulih secepat mungkin," kata Modi dalam catatan di Twitternya.

Sebagai rekod, India membekukan operasi penerbangan antarabangsa kerana wabak koronavirus.

Bagaimanapun melakukan penerbangan repatriasi bagi membawa warganya yang terkandas pulang. negara itu turut mewujudkan gelembung udara dengan segelintir negara, termasuk Amerika Syarikat dan Jerman.

Kali terakhir negara itu berdepan nahas udara ialah pada 2010 apabila pesawat syarikat sama terbabas di hujung landasan dan terbakar. Insiden itu menyebabkan 158 penumpang dan anak kapal terkorban.

 

Post a comment

0 Comments