3 beranak maut dirempuh pacuan 4 roda


TIGA
sekeluarga maut setelah terbabit kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 37 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Kuala Selangor, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 malam itu,  Anni Kholilah, 42 serta dua anak perempuannya, Nurkhalisah Ali Yusri, 24 dan Nur Syafiqah Ali Yusri, 17 yang menaiki kenderaan jenis Honda City maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa dipetik berkata, siasatan awal  mendapati ketika kejadian Nurkhalisah memandu kenderaannya dari arah Tanjong Karang menuju ke Pelabuhan Klang.
   
Bagaimanapun sampai di tempat kejadian, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Frontier dari Klang menuju Kuala Selangor telah memasuki laluan mangsa.

"Tiba di lokasi, Nissan Frontier terbabit dipercayai masuk ke haluan bertentangan dan bertembung dengan Honda City.

"Kemudian, Perodua Viva yang berada di belakang Honda City mengelak kenderaan yang kemalangan itu dan melanggar bahagian sisi hadapan kanan Nissan Frontier," katanya, hari ini.

Susulan kemalangan itu, pemandu Nissan Frontier mengalami cedera dan berada dalam keadaan kritikal dan dihantar ke Hospital Tanjong Karang (HTK) sementara pemandu kereta Perodua Viva berusia 24 tahun tidak cedera.

Perkongsian di Facebook
"Semua mangsa dibawa ke HTK dan bedah siasat dijalankan 1.30 pagi hari ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Insiden itu turut dikongsikan di media sosial Facebook dengan pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan didakwa berada dalam keadaan mabuk, namun dakwaan itu tidak disahkan.

Post a comment

0 Comments