5 kes baru direkodkan, tiada penularan tempatan


MALAYSIA
mencatatkan sifar penularan tempatan berkaitan wabak koronavirus (Covid-19) hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, terdapat lima kes import baru dikesan justeru menjadikan jumlah kes Covid-19 dicatatkan di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 9,240 kes.

Sebagai rekod, kali terakhir negara mencatatkan sifar penularan tempatan adalah pada 14 Julai lalu.

Ketika mengulas perkembangan terbaru itu, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima kes import baru itu melibatkan dua warganegara Malaysia dan tiga bukan warganegara.

Kes-kes import tersebut melibatkan empat individu yang tiba dari Jepun (dikesan Sarawak) dan seorang individu yang tiba dari Bangladesh (dikesan di Selangor).

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, tujuh kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan dan kekal sebanyak 125 kes.

Sementara itu, satu kluster baru dikenal pasti di sebuah kapal yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara Jepun yang kini di Bintulu.

Ia dikenali sebagai Kluster Alam.

"Kluster ini dikesan susulan saringan Covid-19 yang telah dijalankan ke atas lima orang kakitangan kapal tersebut yang mengalami gejala.

"Daripada jumlah tersebut, empat  orang didapati positif Covid-19 dan seorang masih menunggu keputusan pengesahan makmal.

"Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar telah dijalankan di kapal tersebut," katanya Dr Noor Hisham melalui kenyataan itu.

Post a comment

0 Comments