6 kes baru dikesan, 7 lagi pesakit sembuh


KEMENTERIAN
Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 6 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengahari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, daripada 6 kes dilaporkan hari ini, 1 adalah kes import yang mendapat jangkitan dari Singapura membabitkan bukan warganegara.

“Manakala 5 kes lagi adalah penularan tempatan dalam kalangan warga negara di Kedah membabitkan 3 daripada kluster Tawar,” katanya.

Dengan penambahan 3 kes itu, Hisham berkata, kluster Tawar mencatatkan 73 kes hingga tengah hari tadi. Manakala jumlah kumulatif kes positif dicatatkan setakat ini ialah  9,291 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan 7 pesakit sembuh hari ini, menjadikan jumlah kes yang sembuh ialah sebanyak 8,978 kes.

Setakat ini menurutnya 188 pesakit Covid-19 sedang dirawat di seluruh negara. 9 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 6 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah kematian pula kekal 125 orang kerana tiada kematian dilaporkan hari ini.
 

Post a comment

0 Comments