9 orang mati minum sanitiser


SEMBILAN
orang awam di India mati gara-gara minum pembersih tangan berasaskan alkohol (sanitiser).

Tindakan mereka minum pembersih tangan itu dipercayai akibat ketagihan arak selepas mereka terputus bekalan minuman keras itu selepas beberapa kedai yang menjual arak di kawasan kediaman mereka ditutup berikutan Covid-19.

Penguasa Polis Kurichedu di Andhra Pradesh, Siddharth Kaushal, berkata semua mangsa ditemui tidak sedarkan diri selepas minum minuman keras buatan sendiri.

"Semua mangsa dibawa ke hospital tetapi disahkan mati sebaik tiba.

"Mangsa menggunakan (alkohol) daripada cecair pembersih tangan sebagai arak selepas pembekal menghentikan penjualan berikutan pihak berkuasa mengarahkan perintah kawalan pergerakan di bandar itu," katanya.

Sebagai rekod, ratusan orang miskin mati setiap tahun di India akibat keracunan pengambilan arak buatan sendiri.

Pembuat samsu haram sering menambahkan metanol, alkohol bertoksik yang kadang-kadang digunakan sebagai agen antipembekuan ke dalam minuman keras buatan mereka.

Sementara itu, India rekod lonjakan kes harian tertinggi wabak Covid.
https://t.me/kartelmedia
Menurut Kementerian Kesihatan,sebanyak 55,078 lagi jangkitan baharu disahkan pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu meningkat kepada lebih 1.6 juta kes.
Seramai 779 orang dilaporkan maut dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kematian melonjak kepada sehingga 35,747 kes.

India merupakan negara yang paling teruk terjejas di asia dan menjadi negara ketiga yang paling teruk dilanda covid-19 di seluruh dunia.

Post a comment

0 Comments