Adun bersama 1,800 ahli Bersatu keluar parti



GELOMBANG
keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Selangor berterusan.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Harumaini Omar mengumumkan keluar dari parti dan menyatakan sokongan kepada parti baharu ditubuhkan bekas pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Memetik laporan media, Harumaini berkata, bersamanya kira-kira 1,800 ahli Bersatu Hulu Selangor sudah menandatangani surat peletakan jawatan sebagai ahli parti itu.

"Bahawasanya saya Harumaini Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali dengan ini mengisytiharkan keluar dari Bersatu berkuat kuasa mulai 15 Ogos 2020.

"Saya juga mengisytiharkan menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya pada satu kenyataan media.


Terdahulu, Dua Adun Bersatu Mohd Shaid Rosli (Jeram) dan Adun Kuang, Salehuddin Amiruddin turut menyatakan sokongan kepada parti baru yang ditubuhkan untuk menentang Bersatu itu.

Manakala media pula melaporkan cawangan Bersatu di Kuala Selangor dan Klang dibubarkan.

Post a comment

0 Comments