ADUN sokong Musa Aman 'dianggap' pecat diri sendiri


WAKIL rakyat parti Warisan yang tampil menyokong bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dalam krisis politik di Sabah dianggap telah ‘memecat’ diri mereka sendiri.

Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua berkata, tiada tindakan akan dikenakan terhadap mereka kerana telah dianggap bukan lagi ahli parti itu.

Ketetapan itu menurutnya selaras dengan perkara 3.3 Perlembagaan Parti Warisan Sabah, keahlian adalah terhenti serta-merta apabila seseorang individu “menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain dalam negara.”

“Dalam kes ini, mereka dianggap telah menyertai Musa dan komplotnya untuk menggulingkan kerajaan negeri pimpinan Parti Warisan Sabah.
https://t.me/kartelmedia
Pada Rabu, Musa yang menerajui Umno di Sabah berkata beliau telah memperoleh majoriti mudah untuk menggulingkan kerajaan negeri pimpinan parti Warisan dan membentuk kerajaan negeri yang baru.

“Mereka telah dilihat di kediaman Musa dan tidak seorang pun yang menafikan penglibatan mereka,” menurut Padua lagi.

Tambahnya lagi, parti itu tidak berhasrat menerima kembali kesemua 'pembelot' tersebut.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam dari Parti Keadilan Rakyat, Kenny Chua Teck Ho dipecat berkuat kuasasetelah dilihat berada bersama kumpulan yang menyokong Musa Aman.

Pemecatan itu disahkan Pengerusi Lembaga Disiplin parti itu, Datuk Ahmad Kasim dalam kenyataan.

BACA:
ADUN berpaling tadah kena pecat

Dalam perkembangan serupa, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memecat naib presidennya Abidin Madingkir berkuat kuasa serta-merta kerana didakwa bersekongkol dengan Musa Aman untuk mengambil alih kerajaan negeri.

Keputusan memecat Abidin, yang juga ADUN Paginatan, dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UPKO yang bermesyuarat semalam.

"Abidin antara sekumpulan ADUN yang berpaling tadah untuk memberi sokongan kepada Musa bagi merampas kerajaan negeri.

"Bagaimanapun, usaha mereka gagal selepas Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam," menurut kenyataan itu.

Post a comment

0 Comments