AMK perak persoal cara kempen BN


ANGKATAN
Muda Keadilan (AMK) Perak mempertikai tindakan Barisan Nasional (BN) yang didakwa berkempen menggunakan platform kerajaan.

Pengarah Komunikasi AMK negeri, Ashraf Kahasani berkata, pihaknya menyedari bukan sahaja dewan telah digunakan sebagai bilik gerakan, tetapi mendakwa penjawat awam daripada jabatan dan agensi kerajaan negeri turut terlibat dalam kempen secara terbuka.

"Semalam Tular di media sosial BN menggunakan platfom Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) semasa berkempen yang dimuat naik di laman Facebook rasmi persatuan itu. Kini tular pula aktiviti kempen melalui Majis Daerah Tanjung Malim (MDTM).

"Gambar yang menunjukkan dewan MDTM di Kampung Baru Slim River jelas terpampang sepanduk Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Slim.

"Turut dilihat anggota MDTM Majlis Daerah duduk bersama jentera parti yang sedang berkempen di sebuah restoran sekitar kawasan Slim River.

"Gambar yang dimuatnaik itu jelas kelihatan beberapa pemimpin-pemimpin tersebut memakai seragam BN," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Ashraf mengingatkan bahawa tindakan penjawat awam menjalankan kempen adalah menyalahi eetika sebagai.

Mereka tegasnya tidak sepatutnya terlibat atau terpengaruh dengan sentimen politik kepartian dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

"Penjawat awam tidak seharusnya terbabit berkempen secara terbuka untuk BN.

"Mereka perlu sedar garisan pemisah di antara institusi kerajaan dan parti politik kerana akhirnya hanya akan memberikan gambaran negatif kepada masyarakat umum," katanya dipetik. 


Sementara itu, Yang Dipertua MDTM, Faizal Nizam Md Nor berkata, tiada masalah dewan dan kemudahan Pihak berkuasa Tempatan itu digunakan sepanjang PRK Slim. 


Dipetik laporan Sinar, Faizal mendakwa dewan yang digunakan itu diberi guna secara sewa.

Post a comment

0 Comments