Angkasawan rakam objek pelik dari ISS


ANGKASAWAN
Rusia, Ivan Vagner, 35, mendakwa melihat beberapa objek berterbangan semasa dia membuat rakaman video dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Menurut Vagner, ketika membuat rakaman aurora australis dari ISS telah merakamkan imej yang dikatakan sebagai objek terbang tidak dikenali (UFO) sepeti dilapor portal berita Global News pada 20 Ogos lalu.

"Tetamu angkasa, Apakah anda fikir benda-benda itu? Meteor, satelit atau...?" katanya menerusi Twitter pada 19 Ogos lalu.

menurutnya lagi, objek-objek itu berterbangan beriringan antara 8 hingga 12 saat dalam jarak sama. Ia muncul ketika satu jaluran cahaya berada dekat dengan sebahagian kawasan di Bumi.

Bagaimanapun, Vagner mejelaskan bahawa beliau tidak mengetahui dengan tepat bila rakaman tersebut dilakukannya.

Sedutan rakaman Vagner dari ISS
Video rakaman itu turut dikongsikan agensi angkasa lepas Rusia iaitu Roscosmos di akaun Twitter agensi itu.

"Sesuatu yang menarik berlaku ketika angkasawan Roscosmos, Ivan Vagner merakamkan video misteri dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa," kata Roscosmos.

Jurucakap Roscosmos, Vladimir Ustimenko pula dipetik agensi berita TASS berkata, objek dirakam itu kini dijadikan bahan kajian oleh pakar-pakar dari Institut Penyelidikan Angkasa Lepas, Akademi Sains Rusia.

"Adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan sehingga para penyelidik dan saintis Roscosmos di Institut Penyelidikan Angkasa Lepas, Akademi Sains Rusia memberitahu kami apa yang mereka fikirkan," katanya dipetik.

Post a comment

0 Comments