Azmin digesa jelaskan siapa taja 'private party'


SEORANG
Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) mempersoal apakah wang rakyat telah dibelanjakan untuk tajaan jamuan pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Dalam sidang media di Dewan Rakyat semalam, P Prabakaran (HARAPAN-Batu) melahirkan rasa kecewa dengan sikap beberapa pemimpin kerajaan yang menjamu makanan mewah ketika rakyat masih berdepan kesan ekonomi susulan penularan wabak Covid-19.

Sambil menunjukkan gambar dirakam semasa jamuan itu, Prabakaran menuntut penjelasan Ketua Whip PN, Azmin Ali mengenai perkara itu.
https://t.me/kartelmedia
"Saya mohon penjelasan ketua whip kerajaan mengenai peruntukan dari kementerian dan GLC itu sebenarnya duit siapa? Ini duit rakyat untuk pentadbiran negara ini dan ekonomi.

"Dalam suasana (krisis) Covid-19 ni, apabila rakyat Malaysia hanya makan ubi kentang, mereka (ahli parlimen PN) makan udang galah," tegas Ketua Angkatan Muda (AMK) Wilayah Persekutuan itu lagi.


Pemimpin menikmati jamuan mewah |FB
Antara pemimpin PN yang terpapar dalam gambar jamuan itu ialah  Muhyiddin Yassin, Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling), Shahidan Kassim (Arau), Mahdzir Khalid (Padang Terap), Noh Omar (Tanjung Karang), Tajuddin Rahman (Pasir Salak) dan Azmin.

Tidak ketinggalan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun.

Kata Prabakaran, berdasarkan resit yang ada, kos untuk jamuan itu berjumlah RM6,525.

Ia merangkumi udang galah berharga RM2,785, ketam goreng (RM1,950), ayam kampung goreng (RM560), gulai patin tempoyak (RM980), ulam dan sambal (RM75) dan sayur campur (RM175).
Ada Ahli parlimen yang hadir menurutnya bukan saja menikmati hidangan berkenaan di kedai terbabit malah membungkus makanan semasa pulang. 
Sementara itu menurut Prabakaran, tajaan jamuan makan tengah hari itu ditaja bergilir-gilir GLC dan kementerian tertentu sepanjang persidangan Dewan Rakyat sehingga hujung bulan ini.
Hal itu menurutnya dikesan berdasarkan catatan pada papan putih di bilik Azmin.
"‘Private party’ yang berlangsung setiap hari di Pejabat Ketua WHIP perlu ada penjelasan terperinci kerana ia melibatkan peruntukan dari agensi yang menguruskan dana rakyat," tambahnya di laman Facebook.


Post a comment

0 Comments