Bangunan zaman pemerintahan Charles Brooke terbakar


BANGUNAN bersejarah Fort Renee berusia lebih 100 tahun di Saratok, Sarawak dilapor terbakar semalam.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, kira-kira 20 peratus kawasan bangunan termasuk bilik mesyuarat pemimpin masyarakat terjejas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu dan sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Saratok diketuai Nazry Mohamat bergegas ke tempat kejadian.

"Setibanya dilokasi, kebakaran didapati membabitkan bangunan dua tingkat jenis kekal yang kini dijadikan sebagai Pusat Internet Saratok.

“Kebakaran berjaya dikawal, hanya 20 peratus atau 790 meter persegi bangunan itu musnah membabitkan sebuah bilik yang terletak di tingkat bawah,” kata pihak bomba.
https://t.me/kartelmedia
Sebagai rekod, bangunan dua tingkat itu dibina pada tahun 1988 semasa pemerintahan Charles Brooke sebagai kemudahan pertahanan dan pejabat pentadbiran untuk memungut cukai daripada penduduk Saratok.

Ia pernah dijadikan sebagai Pejabat Daerah Saratok selain kini digunakan sebagai pusat Internet komuniti. 

Sebelumnya, penduduk menyedari kepulan asap hitam yang muncul daripada bangunan di atas bukit itu yang bersebelahan dengan Balai Polis Saratok sebelum segera menghubungi bomba.

Post a comment

0 Comments