Bekas ADUN Bangi meninggal dunia


BEKAS
  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Datuk Dr Amran Kasimin telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada Rabu.

Berita pemergian Allahyarham dikongikan Wanita UMNO Bangi dilaman sosial Facebook.

"Dukacita dimaklumkan Datuk Dr. Amran Kasimin baru sahaja menghembuskan nafas terakhir. Jenazah beliau masih di HUKM.

"Arwah merupakan mantan ADUN kita di DUN N26 Bangi dan juga Mantan Ketua UMNO Bahagian Bangi (dulu Serdang)," katanya kenyataan itu.

Berita kematian Amran turut disahkan menantu beliau, Dr Lenny Suryani Safri.
Muatnaik menantu Allahyarham di Facebook


"Allahyarham abah Amran Kasimin telah kembali ke rahmatullah pada 5.56 petang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz," tulisnya.

Allahyarham dilahirkan pada 1 Ogos 1945 di Kampung Patah Pedang, Minyak Beku Batu Pahat. Johor dan merupakan Pengkaji Kebudayaan Islam dan merupakan (Mantan) Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi, Selangor.

Beliau mendapat pendidikan Doktor Falsafah dalam Bidang Sosiologi Agama dan Kebudayaan dari Universiti Of Arbedeen, Scotland dan Sarjana Persuratan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Allahyarham Amran menghembuskan nafas terakhir pada usia 75 tahun.

Post a comment

0 Comments